fbpx

Nenek jual nasi lemak telur rebus RM1 tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang warga emas menjual nasi lemak dan nasi goreng bersama sebiji telur rebus hanya RM1.

PETALING JAYA – Dalam ramai penjual mengenakan harga yang tinggi terhadap barang jualan mereka ketika ini, rupanya masih ada lagi penjual yang menjual nasi lemak bersama sebiji telur rebus berharga RM1.

Satu klip video yang dikongsi di Facebook ketika ini menyaksikan seorang warga emas menjual nasi lemak dan nasi goreng bersama sebiji telur rebus hanya berharga RM1.

Klip video yang dikatakan diambil disebuah warung di Perak itu mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai dan menyifatkan warga emas itu berniat untuk sedekah.

“Niat makcik ni berniaga sambil bersedekah, semoga rezeki makcik dilimpahi hendaknya serta diberi kesihatan yang baik. Sukar dah kita nak cari harga macam makcik ni jual, rasanya dah tak ada,” jelas Nor Samain.

“Video makcik ni memang pernah tular sebelum ini, di kawasan Perak. Cara masakan kampung, memang sedap sangat masakan dia, semoga dimurahkan rezeki hendaknya,” jelas Wan Noni.

“Rindu pula dengan masakan kampung macam ni, bila la boleh bergerak balik kampung. Semoga mak cik dilindungi Allah, diberi kesihatan yang baik dan terus dimurahkan rezeki,” kata Kak Deq Ha.

“Memang la jual murah tapi tak boleh jadi amalan dalam perniagaan.Nanti bila seller lain jual mahal mula la nak banding-banding,” Jelas DzulHelmi. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI