fbpx

Nelayan Vietnam ditahan guna pendaftaran bot tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot nelayan Vietnam didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika menceroboh perairan Kelantan dekat Tok Bali, kelmarin. /FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua buah bot nelayan Vietnam yang mencuri hasil laut negara di lokasi 172.2 kilometer dan 176 kilometer dari muara Tok Bali di sini kelmarin.

Operasi yang dijalankan menerusi Op Naga Barat dan Op Kuda Laut dengan Kapal Maritim Tok Bali itu berjaya menahan seramai 17 awak-awak dan dua tekong berusia 18 hingga 60 tahun.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, kedua-dua bot itu menggunakan pendaftaran bot nelayan tempatan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, bagaimanapun, taktik mereka tidak menjadi kerana ciri dan spesifikasi bot-bot tersebut didapati berbeza berbanding bot tempatan.

“Bot pertama ditahan pada pukul 9.31 pagi bersama tujuh awak-awak dan seorang tekong. Bot kedua yang membawa 10 awak-awak dan seorang tekong ditahan pada pukul 10.21 pagi.

“Kedua-dua bot itu didapati memecut laju ke arah sempadan perairan Vietnam apabila kegiatan mereka diketahui APMM, namun kita berjaya menghalang mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan APMM Kelantan di Tok Bali di sini hari ini.

Syed Nor Adli berkata, pemeriksaan mendapati, hanya 11 individu mempunyai dokumen perjalanan sama ada pasport atau buku pelaut, manakala selebihnya gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI