DI sebalik senyuman tenang dan sifat merendah diri wanita ini, tersimpan kisah jatuh bangun seorang usahawan yang melalui pelbagai cabaran. Namun, semua itu tidak pernah mematahkan semangat pengasas Anggun Cotton Collection (ACC), Noraini Hanipah, 43, untuk terus melangkah sehingga pernah dianugerahkan Tokoh Usahawan Negeri Sembilan 2024/2025 di Anugerah Usahawan Mara. Malah, kejayaan itu adalah usaha keras bersama tulang belakang ACC iaitu suaminya, Mohd. Shazrin Yahya serta adiknya Norafizah Hanipah dan pasangannya, Mohd. Adzim Zakaria. Ibu kepada dua cahaya mata iaitu……














