fbpx

Mungkin ada pengikut ajaran sesat PMYT di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang disyaki ketua kumpulan PMYT ditahan polis baru-baru ini. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pengikut ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) itu berada di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ajaran sesat yang baru dikesan di negara ini itu mempunyai ramai pengikut yang mengikuti ajaran berkenaan secara dalam talian.

Ayob Khan

Bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan tentang penyebaran ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ di negeri ini setakat ini.

“Kalau kita tengok di negeri-negeri lain, jumlah pengikut ajaran sesat itu mengikuti ajaran tersebut secara dalam talian. Ajaran itu mempunyai ramai pengikut di Facebook mereka.

“Bagaimanapun, tidak ada laporan yang dibuat setakat ini. Mungkin ada (di negeri ini), kerana dia mempunyai beribu-ribu pengikut tetapi tidak ada laporan dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sabtu lalu, ketua ajaran sesat PMYT iaitu seorang wanita dipercayai pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau lebih dikenali sebagai Sittah Annur ditahan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Tangkapan itu susulan satu laporan polis dibuat seorang pengadu pada Isnin lalu selepas menonton sebuah video berkaitan ajaran tersebut yang dimuat naik di YouTube.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI