fbpx

Ibu bapa perlu yakinkan anak terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina.

PUTRAJAYA – Semua ibu bapa dan penjaga di negara ini diseru agar terus meyakinkan kanak-kanak bahawa vaksinasi adalah satu bentuk perlindungan kesihatan yang selamat agar tidak mudah dijangkiti daripada wabak Covid-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kumpulan pertama 76,400 kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak yang mula menerima vaksin Covid-19 akan menjadi satu indikator dalam membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kepentingan terbaik bagi kanak-kanak.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga juga mestilah mempunyai kesedaran dan mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai Covid-19 daripada sumber yang mempunyai kredibiliti untuk membendung berita palsu mengenai Covid-19.

“Saya berharap ibu bapa sentiasa cakna, berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani Covid-19 bagi melindungi keluarga serta terus memberi advokasi dan kefahaman tentang Covid-19 kepada kanak- kanak.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan kanak-kanak, saya menyambut baik perkhabaran gembira ini dalam usaha mengukuhkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di negara ini ketika mendepani pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Rina berkata, pihak kementerian juga sedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam memastikan inisiatif pelaksanaan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

“Sama-samalah kita menzahirkan kebersamaan dalam menjalankan tanggungjawab memerangi Covid-19 demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini, ” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun bermula hari ini di Sarawak. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI