JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah mengeluarkan 12 notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 201 kepada peniaga ayam di negeri ini.
Pengarahnya, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, notis itu dikeluarkan bagi tujuan mendapatkan maklumat kenaikan harga yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.
Menurut beliau, notis berkenaan dikeluarkan kepada empat peladang, empat pemborong dan empat peniaga.
“KPDNHEP Johor maklum aduan berkaitan kenaikan harga ayam terutamanya di lokasi tumpuan yang menjual ayam seperti pasar basah, pasar awam, pasar tani dan juga pasaraya.
“Susulan pemeriksaan bermula 8 September, 12 notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga ayam di Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














