fbpx

Langkawi mungkin alami kekurangan barang keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan RORO yang hanya boleh didapati di Kuala Perlis.

LANGKAWI – Tiga operator perkhidmatan kargo dari Kuala Kedah ke pulau ini menghentikan sementara operasi apabila lori yang membawa barang keperluan didakwa tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut yang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dua zon di mukim Kuala Kedah dikenakan PKPD mulai Isnin lalu hingga 19 September ini.

Tiga operator perkhidmatan kargo tersebut ialah Wantas Shipping Sdn. Bhd., Pertiwi Shipping Sdn. Bhd., dan Pengangkutan Bersatu Langkawi.

Pengurus Besar Langkawi Port Sdn. Bhd., Muhd. Nasir Abd Aziz berkata, kira-kira 80 peratus barang keperluan penduduk di Langkawi termasuk barang makanan dan barang basah dibawa masuk melalui perkhidmatan kargo di Kuala Kedah.

“Bot dibenarkan beroperasi tetapi tiada barang yang boleh dibawa kerana lori yang membawa barang tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPD.

“Jika keadaan ini berterusan, Langkawi akan mengalami kekurangan bekalan barang keperluan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun mempunyai alternatif lain seperti menggunakan laluan di Kuala Perlis, fasiliti di situ tidak dapat menampung kemasukan barang yang banyak seperti di Kuala Kedah.

Katanya lagi, perkhidmatan kargo ke Dermaga Tanjung Lembong, Langkawi dari Kuala Kedah menggunakan tongkang atau pontun, manakala dari Kuala Perlis menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) yang mempunyai ruang sangat terhad berbanding tongkang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI