fbpx
(Gambar kecil) Lokasi kejadian seorang lelaki maut dan dua cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian di hadapan sebuah premis hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai, Johor Bahru malam kelmarin. Foto RAJA JAAFAR ALI

3 individu diberkas disyaki terlibat kes tembak di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki maut dan seorang lagi yang cedera selepas ditembak di hadapan sebuah premis pusat hiburan di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai di sini malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, suspek warga tempatan merupakan seorang perempuan dan dua lelaki masing-masing berusia 26 hingga 29 tahun ditahan pihak polis semalam di kawasan Johor Bahru.

“Salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan tiada rampasan senjata bersama penahanan ketiga suspek tersebut. Setakat ini kita juga masih tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian berlaku melibatkan kongsi gelap atau tidak,” katanya kepada media pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati mangsa yang maut masih bujang dan bekerja di sebuah gudang di Singapura selain tidak mempunyai rekod jenayah, manakala hubungannya dengan seorang lagi mangsa hanya kenalan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki lingkungan 27 tahun maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN