fbpx
Gambar hiasan.

Remaja antara tiga individu ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ketamin dan pil eramin 5 selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tiara, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, tangkapan dalam operasi pada pukul 8.45 malam itu membabitkan suspek berusia lingkungan 17 hingga 43 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah tersebut menemui satu bungkusan plastik lutsinar dan sembilan paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis ketamin seberat 1,001 gram.

“Turut ditemui 350 keping foil aluminium yang setiap satunya mengandungi 10 biji pil disyaki erimin 5 menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak 3,500 biji pil seberat 1,100 gram.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM120,050,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini dan jumlah rampasan itu dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 3,000 penagih.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis ketamin manakala dua lagi suspek didapati negatif.

“Siasatan mendapati kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai telah aktif sejak hampir dua tahun lalu,” katanya.

Tambah beliau, suspek pertama direman selama empat hari bermula 23 hingga 26 Jun manakala suspek ketiga direman selama enam hari bermula 23 hingga 28 Jun bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman terhadap suspek kedua bagaimanapun ditolak oleh Majistret Mahkamah Ipoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Alwi berkata, seramai 8,721 individu telah ditangkap di Perak atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN