fbpx

Institut memandu beroperasi secara janji temu Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong mengadakan perbincangan secara sidang video di pejabatnya di Kementerian Pengangkutan hari ini.

PUTRAJAYA – Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai 9 September ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan bagaimanapun hanya akan bermula pada 17 September walaupun pengoperasian institut memandu (IM) bermula lebih awal.

Pada masa sama, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan memutuskan pemberian moratorium selama tiga bulan iaitu sehingga 30 November depan bagi keperluan pembaharuan permit IM.

“Pembaharuan ini adalah bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat di antara bulan Januari hingga September.

“Diharapkan dengan pengoperasian semula ini dapat memberi kelegaan kepada pengusaha-pengusaha ILP atau IM, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI