fbpx

Pelajar Malaysia kemalangan di Kaherah selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Education Malaysia Egypt bersama Atase Pendidikan Selangor dan Atase Pendidikan Negeri Sembilan melawat Muhammad Haikal di Hospital Bedayat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang pelajar Malaysia yang mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada Jumaat lalu selamat menjalani pembedahan yang menelan belanja EGP100,000 (RM26,000) di Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin di Kaherah.

Education Malaysia Egypt dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, Muhammad Haikal Ahmad Kabir yang merupakan penuntut tahun 1 Pengajian Usuluddin Universiti Al-Azhar bersama empat pelajar lain dilanggar motosikal ketika melintas jalan.

“Kemalangan yang berlaku pada sekitar pukul 11 malam itu melibatkan lima pelajar dari negeri Kedah. Seorang parah manakala empat yang lain cedera ringan.

“Motosikal tersebut dilaporkan tidak memasang lampu hadapan,” kata kenyataan tersebut semalam.

Dalam pada itu, Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohd Yasser Abdul Ghani menyampaikan ucapan penghargaan kepada masyarakat Malaysia yang memberi sumbangan kewangan sehingga urusan merawat kesemua mangsa berjalan lancar.

Maklumat yang diterima daripada persatuan pelajar memaklumkan akaun bank waris pelajar berkenaan di Malaysia telah disekat akibat menerima sumbangan yang banyak daripada orang ramai untuk membiayai kos pembedahan tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menyediakan dokumen sewajarnya kepada pihak Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin Kaherah dan bank di Malaysia bagi memudahkan urusan kewangan dan rawatan selain bantuan lain yang diperlukan untuk pelajar yang terlibat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI