fbpx

Bekalan air di tiga daerah pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiga buah daerah yang terlibat dalam gangguan bekalan air akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah pulih sepenuhnya, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) berkata, ini melibatkan Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang mencatatkan peratusan pemulihan sepenuhnya setakat pukul 7 pagi tadi.

Katanya, dua lagi daerah iaitu Hulu Langat merekodkan pemulihan sehingga 92.6 peratus dan Petaling sebanyak 81.4 peratus.

“Secara keseluruhanya pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92.2 peratus setakat pukul 7 pagi tadi.

“Air Selangor ingin menyarankan supaya pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup buat kali kedua selang empat hari daripada kejadian pertama Selasa lalu susulan pencemaran bau.

Siasatan Lembaga Urus Air Selangor mendapati pencemaran bau seakan pelarut itu dikesan pada aliran air berhampiran sebuah kilang di sekitar Sungai Rinching. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI