fbpx

[VIDEO] Panik dihampiri ‘lembaga serba putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita terpaksa ditenangkan oleh petugas perubatan selepas terkejut apabila dihampiri oleh lembaga berpakaian serba putih. Sumber - Idro Nafiz.

PETALING JAYA – Seorang pesakit wanita menjerit ketakutan apabila dihampiri ‘lembaga serba putih’ di dalam wad sebuah hospital sehingga mengejutkan pesakit lain yang sedang lena tidur.

Bagaimanapun, ketakutan wanita itu segera ditenangkan oleh lembaga serba putih tersebut yang sebenarnya merupakan petugas kesihatan lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dengan dibantu oleh dua lagi rakan sekerjanya.

Menerusi satu klip video berdurasi 38 saat yang dimuat naik oleh Idro Nafiz di laman Facebook, kelihatan pesakit berkenaan dipercayai sedang tidur di atas katil sebelum dihampiri oleh petugas kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan.

Sebaik dihampiri, pesakit berkenaan yang terkejut terus berteriak mengakibatkan pesakit di katil sebelah terjaga daripada tidur dan terpinga-pinga malah petugas kesihatan berkenaan juga dilihat berusaha menenangkannya.

Klip video berkenaan yang kini tular di platform media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkannya sebagai tragedi seram yang melucukan serta sedikit sebanyak dapat menghiburkan petugas barisan hadapan yang terlibat.

“Saya pernah alami situasi begini, terkejut sangat tapi tidaklah sampai menjerit kuat. Dalam bilik ada enam katil cuma kami anak beranak di dalam bilik itu. Malam pertama anak masuk wad datang seorang doktor pukul 2 pagi.

“Baju lengkap PPE dan berdiri menghadap anak di katil. Buka je mata terus nampak berdiri sekujur tubuh serba putih, maunya tak terkejut,” kata Delima Sahid.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Cik Roha Umar berkata, hanya mereka yang pernah tinggal di hospital sahaja yang pernah mengalami dan paham perasaan pesakit tersebut.

“Kesian pesakit tu sedap-sedap tidur sekali tengok ada yang berbungkus depan mata, nasib baik tiada sakit jantung, maaf saya tergelak. Kawan sebelah dah sedia nak lari.

“Perasaan tinggal di hospital hanya orang yang sakit dan pernah alami je faham. Semoga kita semua dilindungi daripada Covid-19,” ujarnya.

“Comel je tangan doktor. Nak suruh perempuan tu tenang. Sudah, sudah, sudah,” kata Fred Moniun berseloroh.

Klip video berkenaan yang tular sejak malam tadi itu telah ditonton lebih 773,000 kali dengan 16,000 reaksi dan 8,300 komen daripada pengguna sosial media namun lokasi kejadian tidak dapat dikenalpasti. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI