fbpx

Lupakan syarikat lewat bekal vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menunggu bekalan vaksin daripada syarikat yang lewat membuat penghantaran bagi mengelakkan program vaksinasi kebangsaan terganggu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia akan menggunakan vaksin sedia ada dalam negara termasuk vaksin
Sinovac yang dibotolkan oleh Pharmaniaga Bhd. (Pharmaniaga).

“Kita tidak mahu berlaku kelewatan (program vaksinasi) hanya kerana mahu menunggu vaksin yang dijanjikan kepada kita, tetapi lewat kerana akhirnya rakyat kita menjadi mangsa.

“Kita tiada sebarang “obligation” terpaksa tunggu mereka. Jadi kita lupakan tentang mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan pemberian dos vaksin AstraZeneca yang kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI