fbpx

24 termasuk staf UM gagal cabar program vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Malaya (UM) serta lima guru untuk mencabar program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Hakim Dr. Shahnaz Sulaiman dalam penghakimannya berkata, mahkamah meneliti semua faktor yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.

“Covid-19 merupakan pandemik global yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah bagi memastikan kesihatan awam terjamin.

“Mahkamah tidak bersetuju dengan pemohon bahawa keputusan (kerajaan) bercanggah dengan Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan dan mendapati tidak rasional atau menyalahi undang-undang untuk mahkamah membatalkannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menolak permohonon kos oleh pihak pemohon kerana ia melibatkan faktor kepentingan awam.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI