fbpx

Eropah berdepan gelombang baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan rentan digesa mengambil vaksin terhadap Covid-19 dan influenza menjelang musim sejuk akan datang. - Getty Images

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi ama­ran bahawa gelombang baharu Covid-19 mungkin sudah bermula di Benua Eropah berikutan berlaku lonjakan dalam kes yang dikesan sejak kebelakangan ini, lapor laman berita Euro News, kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh WHO serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Pe­nyakit Eropah (ECDC) dalam satu kenyataan pada sidang akhbar bersama kelmarin.

“Walaupun situasi terkini tidak seteruk seperti setahun yang lalu, namun ia jelas membuktikan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

“Laporan banyak kes baharu memberi petanda bahawa gelombang baharu sudah bermula di Eropah,” jelas kenyataan itu.

Data serantau WHO me­nunjukkan hanya Benua Eropah merekodkan peningkatan kes Covid-19 pada minggu berakhir 2 Oktober lalu, dengan peningkatan sebanyak 8 peratus berban­ding minggu sebelumnya.

Pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa sikap orang ramai yang keberatan mengambil vaksin berulang kali dan kekeliruan mengenai bekalan imu­nisasi tersedia mungkin merencatkan pengambilan dos penggalak di Eropah.

Berjuta-juta orang di seluruh Eropah memilih untuk kekal tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, kata WHO dan ECDC.

WHO dan ECDC meminta pemimpin-pemimpin Eropah untuk menggesa pengambilan kedua-dua vaksin influenza dan Covid-19 menjelang lonjakan kes yang dijangka berlaku semasa musim luruh dan musim sejuk.

“Kita tidak boleh membazir masa. Semua kumpulan rentan termasuk individu berumur le­bih 60 tahun, wanita hamil dan mereka yang mempunyai pe­nyakit komorbid perlu diberi keutamaan menerima dua vaksin tersebut,” jelas ECDC. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI