fbpx

Rumah paling terpencil di England dijual RM8.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman ini dikelilingi tanah lapang tanpa bangunan lain di sekitarnya. - Tim Stewart

LONDON – Sebuah kediaman yang disifatkan sebagai rumah paling terpencil di England kini diiklankan untuk dijual pada harga £1.5 juta (RM8.64 juta), lapor akhbar The Sun semalam.

Kediaman dipanggil Skiddaw House tersebut tidak mempunyai kemudahan jalan, bekalan elektrik, isyarat telefon dan juga internet.

Pembeli kediaman itu terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke sana atau memandu lebih empat kilometer di kawasan lapang.

Kediaman seluas 472 meter dengan enam bilik tidur itu dikelilingi tanah lapang dan jauh daripada bangunan-bangunan lain.

Ia dimiliki oleh seorang petani dan disifatkan sebagai ‘lokasi terbaik untuk persembunyian’.

Bangunan yang dibina pada 1829 itu digunakan sebagai kabin menembak dan tempat perlindungan pendaki. -Tim Stewart

Dibina pada tahun 1829 sebagai pondok penjaga permainan, bangunan itu telah digunakan sebagai kabin menembak dan tempat perlindungan pendaki.

Ketua Agensi Tanah Mitchells, Andrew Wright mengatakan, dia berharap ramai individu yang akan berminat terhadap ‘hartanah yang unik dan memberikan inspirasi’ itu.

“Jika dilihat, hartanah ini ‘polos’ kerana kedudukannya yang terletak di kawasan gunung.

“Ini merupakan kesempatan yang sangat jarang untuk membeli hartanah di kawasan yang terpencil dan tenang seperti ini.” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI