fbpx

Exco kesihatan dipertikai lemah tangani isu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal

IPOH – Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin dikecam kerana didakwa lemah dalam menangani pandemik Covid-19.

Pasa sesi perbahasan oleh Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai), kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama itu bukan sahaja dipertikai, malah wajar jawatan tersebut disandang ADUN kerajaan lain yang lebih layak.

“Sejak 14 hari yang lalu, kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi dengan jumlah kematian dan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat selain proses vaksinasi yang lambat.

“Saya mahu bertanya kepada Exco kesihatan, apa peranan beliau dalam menangani kes Covid-19 dan usaha yang dilakukannya. Saya minta pencerahan beliau semasa penggulungan.

“Saya susah hati kerana isu yang berkaitan kesihatan dan vaksin dijawab oleh Menteri Besar sedangkan ia adalah ‘core business’ beliau sebagai Exco kesihatan,” katanya pada sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.

Kar Hing berkata, penglibatan aktif Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam sebarang program berkaitan kesihatan dan vaksinasi juga dilihat lebih menonjol berbanding Mohd. Akmal.

“Jika Exco kesihatan tidak berminat dengan bidang ini, saya bagi cadangan untuk buat rombakan. Berilah ADUN dalam kalangan kerajaan yang lebih layak contohnya ADUN Temenggor dan Bukit Chandan,” katanya.

Tambah Kar Hing, kerajaan negeri juga diminta mewujudkan jawatankuasa pilihan khas bagi kesihatan atau komuniti merangkumi penglibatan semua ADUN bagi menyalurkan idea dan membantu Exco kesihatan menjalankan tugas dengan lebih baik dan efektif. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI