fbpx

Jatuh lubang pembetungan lepas terhidu gas beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

SEPANG – Polis mendapati dua pekerja warganegara India yang maut terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja pembersihan pembentungan di Dengkil dekat sini semalam terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira 6.1 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk ujian awal Covid-19 dan bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian lebih terperinci.

“Ketika membuat pembersihan, kedua-dua mangsa disyaki terhidu gas beracun yang terdapat di dalam pembentung sebelum terjatuh.

“Kedalaman pembentung itu kira-kira 6.1 meter manakala kedalaman air di dalamnya kira-kira 2.13 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, dua pekerja warganegara India  maut selepas terhidu bau kimia dalam loji kumbahan yang terletak di tepi jalan berhampiran kilang Lam Soon di Pinggiran Cyber, Dengkil petang semalam.

Mayat pertama dikeluarkan pada pukul 4 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada 5 petang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI