fbpx

Iron Patriot terima vaksin dos kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamizan (dua dari kanan) yang memakai kostum Iron Patroit bergambar bersama petugas di PPV Klinik Kesihatan Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Penerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Klinik Kesihatan Pasir Puteh di sini hari ini gempar apabila menerima kehadiran individu yang memakai kostum salah seorang adiwira The Avengers iaitu Iron Patroit.

Pereka dan pemilik kostum adiwira CRS Cosplay, Ahmad Hamizan Ripin, 29, berkata, dia memakai kostum itu sebagai satu bentuk hiburan sekali gus dapat menceriakan warga kerja PPV yang bertugas ketika dia datang untuk menerima suntikan vaksin dos kedua.

Katanya, dia yang menjalankan perniagaan sewaan maskot tidak menerima sebarang tempahan atau pertunjukan sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) penuh ketika ini.

“Daripada membiarkan kostum Iron Patroit ini berhabuk dan tidak digunakan, saya memakainya semasa tarikh suntikan vaksin dos kedua hari ini.

“Semasa menerima suntikan pertama tiga minggu lalu, saya tidak memakai kostum. Bagi suntikan kedua ini, saya terpanggil untuk memakai kostum Iron Patroit,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI