fbpx

PN sebulat suara setuju pencalonan Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kerajaan PN yang baharu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, Pas (18), dan Star (1) telah menyerahkan Akaun Bersumpah ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Ismail semalam.

“Empat Ahli Dewan Rakyat bebas pro-PN juga telah berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

Beliau menegaskan bahawa sokongan PN kepada Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO adalah bersyarat selaras dengan prinsip PN untuk mempertahankan kerajaan yang berintegriti.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Tambahnya, tindakan itu menunjukkan PN lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.

“Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli politik mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI