fbpx

Pasangan di Melaka dibenarkan akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Pasangan di negeri ini telah dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, majlis tersebut boleh diadakan di masjid kariah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh pihak PAID.

Katanya, bagaimanapun jumlah kehadiran yang dibenarkan bagi urusan tersebut hanyalah tertakluk kepada tujuh orang sahaja.

“Mereka yang dibenarkan untuk bersama-sama menjalankan urusan akad nikah itu adalah jurunikah, wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua orang saksi daripada masjid kariah atau PAID dan seorang ahli keluarga pihak lelaki.

“Perlaksanaan majlis akad nikah hendaklah mematuhi SOP yang ketat seperti yang dinyatakan dalam pekeliling JAIM,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Mengulas lanjut mengenai pekeliling tersebut, Che Sukri menjelaskan semua urusan majlis akad nikad serta perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk (NCR) adalah melalui janji temu yang ditetapkan pihak JAIM. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI