fbpx

JPJ tawar diskaun saman sehingga 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman boleh dikompaun bermula esok hingga 16 September depan.

Tawaran itu bagaimanapun tidak terpakai kepada kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, JPJ berkata, tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh diskaun sehingga 16 September depan.

“Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, kiosk atau secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/),” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI