fbpx

Dah penat dengan hidup sebelum ini – Fieya Julia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fieya mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas menutup aurat.

PETALING JAYA – Penyanyi meningkat naik Fieya Julia mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat sekali gus tampil dengan imej bertudung.

Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiah Sejali berkata, perubahan yang dibawanya itu dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Kalau ikutkan saya memang dah lama ada niat nak tutup aurat dan pakai tudung. Jujur saya dah penat dengan hidup sebelum ini (tidak menutup aurat).

“Saya betul-betul kenakan hijab bermula Jumaat lalu sebagai hari yang penuh berkat,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Menurut pelantun yang popular menerusi lagu Perasaanku itu, niatnya untuk bertudung sebelum ini tidak dapat dikotakan kerana belum bersedia dan bimbang jika keputusan yang diambilnya itu akan menggangu perjalanan karier.

“Bila saya duduk dan fikir masak-masak, nak atau tak saya kena lakukan juga. Kalau tidak sampai bila saya tak akan berubah.

“Sekarang ni saya tak kisah apa pun orang nak kata. Saya tetap dengan keputusan untuk tetap bertudung dan menutup aurat sampai bila-bila.

“Lagipun saya rasa dah tiba masanya untuk saya dekatkan diri dengan perihal agama. Apa yang saya lakukan ini semuanya atas kemahuan saya sendiri dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Fieya, 21, memberitahu dia juga sudah memadam dan menurunkan semua hantaran serta gambar-gambar tidak menutup aurat miliknya dalam media sosial seperti Instagram.

“Ya memang saya dah padam semuanya termasuk foto-foto koleksi peribadi dalam telefon bimbit. Ia seiring dengan perubahan imej yang saya lakukan kini.

“Jujur hati saya jadi lebih tenang dan rasa perubahan itu datang secara perlahan-lahan. Sebelum ini mudah rasa tertekan dan ada saja yang tak kena.

“Saya suka dengan kehidupan sekarang. Apapun saya perlu kekal istiqamah dengan apa yang saya lakukan demi mencari keredaan Allah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI