fbpx

36 pegawai, anggota bomba Johor positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya (kanan) dan Aman (dua kanan) memerhati seorang penerima vaksin menerima suntikan ketika meninjau program berkenaan, hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 36 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor yang dijangkiti Covid-19 sejak pandemik ini melanda negara bermula Mac tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, daripada jumlah tersebut sembilan pegawai dan anggota masih menerima rawatan sehingga kini.

Menurutnya, majoriti warga JBPM Johor yang dijangkiti Covid-19 dikategorikan Kelas satu iaitu sama ada tidak bergejala atau kurang bergejala.

“Dalam tempoh sama, sejak Mac tahun lalu, seramai 587 pegawai dan anggota JBPM Johor telah dikuarantin kerana menjadi kontak rapat pesakit Covid-19, termasuklah saya dan Timbalan Pengarah.

“Anggota yang dijangkiti Covid-19 tidak melibatkan jangkitan dalaman dari balai bomba sendiri, sebaliknya jangkitan daripada ahli keluarga, masyarakat ataupun mangsa yang diselamatkan anggota.

“Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh pandemik ini, tiada warga kerja JBPM negeri ini yang dilaporkan maut akibat wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pelaksanaan Program Vaksin Bergerak kerjasama JBPM Johor dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di Balai Raya Taman Jaya, Skudai, di sini hari ini.

Selain itu, Yahaya turut memberitahu, sejak Mac 2020, JBPM Johor juga telah terpaksa menutup kira-kira 10 buah Balai Bomba di seluruh negeri selepas terdapat anggota yang positif di balai berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI