fbpx

Felda Jengka 25 kena PKPD lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Skim tanah rancangan persekutuan terakhir di Gugusan Jengka, Pahang, Felda Jengka 25 akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti terletak di Daerah Temerloh itu muncul satu-satunya di Semenanjung yang diwartakan PKPD.

Penempatan dihuni 152 keluarga peneroka sejak 1986 seluas 214 hektar itu berpunca akibat Kluster Lorong Baiduri yang dilaporkan sejak 16 Julai dengan kini merekodkan 27 kes positif.

Kes pertama melibatkan seorang penduduk tempatan yang bekerja di Bandar Tun Razak, Daerah Maran sebelum merebak ke Felda Jengka 2, Felda Jengka 11 dan Kampung Baru Chenor.

Menurut Hishammuddin, baki sejumlah 11 lokaliti dilaksanakan PKPD sehingga 25 Ogos ini, terletak di Sabah dengan tiga di Daerah Kota Kinabalu iaitu kuarters kilang J&L, Kampung Gudon dan Kampung Lobou.

“Selebihnya ialah Kampung Menunggul; Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut; Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou, Ranau; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI