fbpx

Biayai separuh kos pengebumian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seramai 50 keluarga di kalangan kaum India di daerah ini dibantu menerusi pembiayaan sebahagian kos pengebumian akibat Covid-19.

Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti Perikatan Nasional (PN) Klang, D. Nallan berkata, nilai bantuan itu melibatkan keseluruhan lebih RM20,000 dalam membantu meringankan beban keluarga yang terpaksa menanggung kos pengebumian yang tinggi ketika waktu pandemik ini.

“PN Klang sentiasa memahami kesusahan yang dihadapi rakyat, khasnya golongan rentan dan golongan B40 yang menerima impak terus pandemik hari ini.

“Selain itu, kami komited untuk sedaya upaya mencari jalan penyelesaian demi kebajikan dan keselesaan warga Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, PN Parlimen Klang mengambil maklum tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Klang hari ini iaitu masalah kelewatan proses pengebumian berikutan keskematian yang tinggi akibat wabak Covid-19.

Nallan berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Klang Indian Funeral Services hari ini muktamadkan satu inisiatif percuma bagi membantu warga Klang yang mempunyai kesukaran.

“Kami komited untuk sedaya upaya mencari jalan penyelesaian demi kebajikan dan keselesaan warga Klang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI