fbpx

Bekalan darah Kedah kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai boleh menderma darah di Unit Pendermaan Darah di semua hospital di Kedah.

ALOR SETAR – Bekalan darah di negeri ini berada pada tahap kritikal dan membimbangkan apabila kutipan darah menurun sehingga 40 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 1 Jun lalu.

Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Kedah, Dr. Siti Nadiah Abdul Kadir berkata, keadaan itu berlaku apabila jumlah individu yang tampil menderma darah berkurangan.

“Terdapat penurunan antara 30 hingga 40 peratus kutipan darah sejak PKP Penuh dan PPN dilaksanakan.

“Ia berkemungkinan disebabkan oleh sekatan pergerakan dan kebimbangan orang ramai mengenai kenaikan jumlah kes harian Covid-19 di Kedah akhir-akhir ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, walaupun pembedahan elektif ditangguhkan buat masa ini, namun penggunaan darah masih kekal tinggi kerana terdapat kes-kes melibatkan kemalangan jalan raya, ibu tumpah darah semasa bersalin serta pembedahan kecemasan dan separa kecemasan

“Selain itu, terdapat juga pesakit yang memerlukan darah secara berterusan seperti pesakit talasemia dan anemia kronik seperti pesakit kanser darah,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI