fbpx

Pas fokus usaha tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

PETALING JAYA – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani wabak Covid-19.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Pas menegaskan akan terus komited membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

“Sebarang kenyataan mengenai pendirian Pas terhadap kemelut ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung sahaja.

“Ketika ini, Pas menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara yang sedang digerakkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI