fbpx

Tidak boleh berkebun di Pos Brooke ketika PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan memeriksa kenderaan yang membawa keluar hasil pertanian di Kampung Lojing, Pos Brooke, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis melarang sebarang aktiviti pertanian di dalam enam buah kampung Orang Asli di Pos Brooke di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, bagaimanapun, 60 permit dikeluarkan kepada pengusaha kebun sayur dalam kawasan itu hanya untuk membawa keluar hasil tanaman.

Katanya, kebenaran itu diberikan kerana tidak mahu pekebun sayur mengalami kerugian apabila berlaku lambakan dan kerosakan hasil tanaman mereka.

“Bagaimanapun, kita juga melarang aktiviti pertanian termasuk kepada Orang Asli di enam kampung itu yang bekerja di ladang sayur Cameron Highlands dan Tanah Tinggi Lojing di sini.

“Aktiviti lain seperti menanam atau membaja juga tidak benarkan sepanjang tempoh dua minggu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Choon Foo berkata, kawalan di pintu masuk di enam perkampungan itu kini berjalan lancar. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI