fbpx

Parah dipercayai tikam perut sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera parah pada bahagian perut selepas dipercayai menikam dirinya sendiri menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Parit Ponorogo, Tangkak, Johor semalam.

TANGKAK – Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas dipercayai bertindak menikam diri sendiri dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Parit Ponorogo di sini semalam.

Video berdurasi 34 saat tular di media sosial menunjukkan lelaki dalam lingkungan 40-an terbaring dalam keadaan cedera parah pada bahagian perut di hadapan sebuah rumah.

Maklumat awal mendapati lelaki terbabit dipercayai bertindak demikian selepas mengalami tekanan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jelasnya, polis masih lagi menjalankan siasatan kes berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI