fbpx

Axelsen rangkul emas perseorangan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AXELSEN merangkul pingat emas acara perseorangan badminton selepas menundukkan Chen Long sebentar tadi. - AFP

JAGUH perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen memastikan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi miliknya selepas menewaskan juara bertahan dari China, Chen Long sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, Axelsen mendominasi sepenuhnya permainan apabila menang straight set 21-15, 21-12.

Kemenangan itu sekali gus memastikan pemain No.2 dunia tersebut menebus kekecewaan lima tahun lalu apabila sekadar meraih gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Meskipun gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio, namun Chen Long dilihat tenang selain mengucapkan tahniah kepada Axelsen sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Sebagai rekod, Axelsen kini boleh dianggap sebaris dengan legenda badminton dunia apabila sudah memiliki pingat emas Sukan Olimpik, Piala Thomas serta Kejuaraan Dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI