fbpx

FoodBank.Digital tawar bantuan pek makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai boleh memohon bantuan pek makanan secara digital di www.foodbank.digital

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan infrastruktur cloud, Exabytes mewujudkan FoodBank.Digital dalam usaha membantu keluarga yang memerlukan bantuan khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menariknya, kesemua permohonan bantuan dibuat secara digital seterusnya dihantar kepada individu yang memerlukan menerusi perkhidmatan penghantaran ditaja oleh Pgeon dan EasyParcel.

Permohonan bagi menerima bantuan makanan tersebut boleh dibuat di www.foodbank.digital dan hanya perlu mengisi maklumat peribadi bagi melengkapkan borang permohonan.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sesawang itu, orang ramai bakal menerima pek makanan bernilai RM60 dan ia mampu bertahan selama seminggu.

Antara yang terkandung dalam pek makanan itu termasuklah beras, milo, nestum, mi segera, biskut dan pelitup muka.

Setakat ini, sebanyak 39,963 permohonan bagi mendapatkan bantuan itu telah dibuat orang ramai dan 9,812 daripadanya telah menerima sumbangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI