fbpx

SAFM kesal anjing liar dizalimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor anjing liar yang didakwa dizalimi penguat kuasa majlis perbandaran di Kulim kelmarin.

KULIM – Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) kesal dengan tindakan beberapa penguat kuasa majlis perbandaran yang didakwa menzalimi anjing liar di sebuah kawasan perumahan di sini semalam.

Beberapa video yang tular di Facebook memaparkan penguat kuasa terbabit menangkap seekor anjing dan dilihat menyuntik sesuatu pada badan haiwan itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik hitam.

Presiden SAFM,  R. Kalaivanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai operasi menangkap anjing liar dan video berhubung perkara itu.

“Kami berasa kesal kerana tiada sebarang makluman atau perbincangan antara pihak pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) dan juga majlis perbandaran itu sebelum ini.

“Persoalannya adakah tindakan seperti ini dibenarkan dan pembunuhan haiwan terbiar bukanlah jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah,” dakwanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SAFM hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI