fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Putra.Hadiii1 memaparkan keretanya yang kemek dilanggar dan sebuah nota beserta duit RM100 diselitkan pada keretanya.

‘Ini sapu minyak gamat pun tak cukup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –Seorang pemilik kenderaan terkejut apabila pintu keretanya kemek dipercayai akibat dilanggar, namun hanya ditinggalkan sekeping nota permohonan maaf bersama wang tunai RM100.

Menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads oleh Putra.Hadiii1, kejadian tersebut menunjukkan kesan kemek yang agak panjang pada bahagian pintu pemandu sebuah kereta berwarna putih.

“Dah langgar kereta orang bagi RM100 je. Baran pula tengok,” katanya.

Lebih mencuri tumpuan apabila sekeping nota yang diselitkan pada pemegang pintu mendedahkan pelaku mendakwa hanya memiliki jumlah wang tersebut ketika kejadian.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya baru 18 tahun dan kurang pengalaman memandu.

“Saya cuma ada RM100 sahaja pada saya sekarang,” tulisnya dalam nota tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyifatkan jumlah RM100 tersebut sebagai tidak munasabah berbanding kos membaiki kerosakan ‘body’ dan cat yang jauh lebih mahal.

Seorang pengguna, Bobdaniell_ menganggarkan kos baik pulih bagi kerosakan sedemikian boleh mencecah ratusan ringgit.

“Satu panel RM300, termasuk belakang dah RM600. Penyudahnya cat satu sebelah kereta terus, standby la dalam RM800. Insya-Allah cukup,” ujarnya.

Malah, pemilik kenderaan itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan wang RM100 itu hanya cukup untuk membeli ‘minyak gamat’ bagi merawat ‘luka’ pada kereta tersebut.

“Takpela letak minyak gamat sikit elok la ni,” kata Putra.Hadiii1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN