fbpx

Kemunculan Predator, Black Panther bikin orang ramai terkejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adiwira tersebut mengagihkan 400 bungkus nasi lemak kepada orang ramai di Jalan Larut, hari ini.

GEORGE TOWN – Kemunculan tiga lelaki yang memakai kostum watak Predator dan Black Panther di pekarangan Hotel Royal di Jalan Larut di sini menggemparkan pengguna jalan itu yang merupakan laluan utama menuju ke pusat bandar raya hari ini.

Bagaimanapun, kemunculan ketiga-tiga mereka bukanlah untuk ‘berperang’ sesama sendiri, tetapi berganding bahu untuk menyerahkan sarapan percuma kepada pengguna jalan raya.

Pengurus Besar Hotel Royal, Amran Taib berkata, pihak hotel bekerjasama dengan kumpulan Adiwira Pulau Pinang untuk mengedarkan sarapan kepada orang ramai untuk menceriakan mereka.

“Pada hari ini kira-kira pukul 9 pagi, kami bekerjasama menyumbangkan 400 bungkus nasi lemak, 150 bungkus bihun dan 200 bungkus air kopi dan teh bersama tiga ahli kumpulan Adiwira Pulau Pinang.

“Kehadiran tiga ahli kumpulan ini yang memakai kostum Predator dan Black Panther ternyata menarik perhatian ramai dan menggembirakan mereka,” katanya.

Menurut beliau, Hotel Royal turut melancarkan kempen You Contribute, We Distribute pada hari ini untuk memudahkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI