fbpx
Amirudin pada sidang akhbar khas di Wisma Dewan Negeri Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI

Konflik Asia Barat: Pelajar di 873 sekolah terima sarapan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Para pelajar di 873 buah sekolah di Selangor akan menerima bantuan sarapan percuma bermula Ogos ini bagi membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa susulan krisis Asia Barat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia akan dilaksanakan melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan semua tahap murid dan pelajar.

“PBT akan bergilir-gilir sekolah dan akan dilaksanakan semua tahap. Kita memperuntukkan satu PBT sebanyak RM1 juta buat masa dalam tempoh tiga bulan pertama dan dilanjutkan sekiranya memberikan kesan baik kepada masyarakat.

“Saya juga ingin memastikan kualiti makanan mempunyai gizi yang baik untuk tidak mengganggu tumbesaran mereka,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Beliau berkata, Baucar kita Selangor bernilai RM100 sebulan untuk tempoh lima bulan kepada 50,000 warga Selangor menerusi peruntukan RM30 juta dibawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1.

Ujarnya, langkah itu diperkenalkan agar tiada rakyat yang hidup dalam keadaan miskin tegar sekiranya kehilangan kerja atau punca pendapatan dalam tempoh tahun ini.

“Kita akan mula pada bulan 6 dan apa penting dalam program ini, kita bukan hanya bantuan kumpulan rentan malah peniaga kedai runcit.

“Kita sedang menyenaraikan pendek semua kedai-kedai runcit seluruh negeri supaya mereka juga dapat meneruskan perniagaan dan berkembang ketika situasi tidak menggalakkan,” jelasnya.

Beliau menambah, golongan pesawah, petani, nelayan dan penternak juga dibantu menerusi memperuntukkan RM25 juta untuk menampung kos bahan api ataupun input pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN