fbpx
Tangkap layar video nasi lemak mengandungi lipas dibeli dari sebuah kedai makan di Kota Masai, Johor.

[VIDEO] ‘Beli sarapan lapar sangat, hujung mari pakej lipas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa dia membeli nasi lemak dengan lauk sambal paru bersekali ‘pakej’ seekor lipas di sebuah kedai makan di Kota Masai, Johor.

Menerusi hantaran video pada Thread Syumiraa, dia membeli nasi lemak itu untuk rakannya dan menyedari terdapat lipas di dalamnya selepas makanan itu dimakan separuh.

“Hai korang, niat saya bukan nak memburukkan ke apa ke, tapi yelah bila kita lapar dapat pula benda macam ni. Siapa suka? Dah separuh makan dah, member (kawan) saya makan lepas tu ada binatang ni.

“Memang makanan tu baharu, tapi kita tak tahu kebersihan dia macam mana. Sumpah ni pertama dan terakhir aku jejak beli makanan dekat sini, kawasan Kota Masai,” katanya.

Rakan kepada Syumiraa turut meninggalkan komen pada hantaran berhubung nasi lemak berlauk sambal lipas yang dimakannya pagi ini.

“Saya dah puas muntah tadi, punya lah terjaga malam tadi sebab fikir nak beli sarapan dah lapar sangat. Hujung mari pakej lipas,” komen Eerrinnnnnnn.

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang berkongsi pengalaman hampir sama.

“Sama sis, pernah beli air dah minum separuh, hah ada lalat,” kata Sarah Fauzii.

“Oh kat sini pernah kena juga, makanan basi,” komen Nrlfieyrahhh berhubung makanan dibelinya didakwa dari kedai makan sama di Kota Masai.

“Mantap, buat laporan kat Kementerian Kesihatan dan hantar video ni sis,” kata Mrroy0227. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN