fbpx

Ramai kecewa bank sukar dihubungi isu moratarium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai dalam kalangan peminjam mengadu mempunyai masalah untuk menghubungi pihak bank masing-masing bagi mendapatkan kelulusan moratorium hari ini.

Segelintir peminjam menyangka moratorium diberikan adalah secara automatik dan mereka turut menyatakan mereka perlu menghubungi pihak bank sedangkan yang diberitahu ia adalah moratorium automatik.

“Berilah moratorium automatik seperti Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 tahun lepas. Semua rakyat dapat. Tak perlu ada syarat dan perkara lain. Sekarang ini semua rakyat sudah terjejas akibat pandemik Covid-19. Waktu ini lah sesuai untuk bantu rakyat tanpa mengira golongan,” jelas pengguna bernama Kanesh Dos Santos Aveiro kecewa.

“Katanya moratorium automatik tetapi kena telefon pihak bank untuk mohon. Selepas itu, pihak bank pula kata itu ini dan talian pula asyik sibuk. Itulah hakikatnya,” kata Hazelnut Nutt.

Dalam pada itu, masih ada segelintir rakyat yang cuba memohon moratorium dari pihak bank masing-masing namun hampa kerana panggilan mereka tidak berjawab dan talian juga teramat sibuk.

“Memang betul, kami tiada pilihan. Awal pagi lagi saya telefon pihak bank Hong Leong, langsung tidak berjawab. Apa ini? Saya dimaklumkan jika mahu moratorium, kena buat permohonan. Bila sudah telefon, tidak berjawab pula. Mohon beri penjelasan yang betul bagaimana untuk membuat permohonan moratorium,” keluh Gary Chan.

“Jika mereka tidak mengangkat telefon, mohon melalui online saja, ia mudah. Saya sudah empat kali mohon moratorium dan semuanya secara online. Memang mudah untuk mohon jika awak sudah pandai. Permohonan online saya kebanyakannya berjaya,” ujar Mohd Khairi kepada pengguna Gary Chan.

“Saya nak telefon pun teramat susah. Kenapa tidak bagi moratorium automatik seperti dulu? Ia menyenangkan rakyat. Ini pula sekarang kes Covid-19 semakin meningkat. Menyusahkan rakyat saja,” komen Che Murni. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI