fbpx

Lapan kilang Top Glove ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan buah kilang sarung tangan perubatan, Top Glove di Meru di sini ditutup kelmarin.

KLANG – Lapan buah kilang sarung tangan perubatan, Top Glove di Meru di sini ditutup kelmarin selepas didapati beroperasi dalam kategori perkhidmatan tidak perlu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd. Zainal Mohd. Nor berkata, penutupan itu hasil aduan orang ramai yang tular di media sosial mendakwa pihak kilang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang berkuatkuasa di daerah ini.

Katanya, semasa pemeriksaan dibuat didapati terdapat sedikit kekeliruan berhubung kebenaran pengoperasian yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada pihak Top Glove.

“Kebenaran operasi oleh pihak MITI ini, tidak boleh digunapakai bagi kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehubungan itu, sebanyak 8 daripada 28 buah keseluruhan kilang milik syarikat Top Glove di kawasan Meru, Daerah Klang telah ditutup. Selebihnya, ditutup secara sukarela oleh pihak Top Glove setelah perbincangan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pematuhan SOP di sekitar Kilang Top Glove di Jalan Teratai dan Jalan Dahlia, Meru itu turut dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang (PKD).

Menurut beliau, penutupan tujuh daripada lapan kilang itu dilakukan selaras dengan peruntukan Seksyen 18 (1)(f), Akta Kawalan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana beroperasi dalam kategori perkhidmatan tidak perlu dalam tempoh PKPD.

Tambah Mohd. Zainal, sebuah lagi kilang ekoran tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Perindustrian (MPK) 2007.

“Sebanyak tiga kompaun bernilai keseluruhan RM30,000 dikeluarkan mengikut Akta 342 turut dikeluarkan polis, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, MPK atas kesalahan majikan gagal untuk memastikan pekerja mematuhi SOP MKN yang berkuatkuasa.

“Operasi pemeriksaan dan pematuhan SOP PKPD akan terus dilaksanakan ke atas kilang-kilang lain di sekitar daerah ini,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI