fbpx
Tangkap layar dari laman Twitter mengenai perubahan Instagram menerima reaksi pelbagai dari pengguna di aplikasi tersebut.

Instagram fokus video, kurangkan gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Instagram melahirkan rasa tidak puas hati apabila aplikasi itu hanya memberi fokus kepada video dan bukan gambar seperti sebelum ini.

Perubahan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini memberi fokus kepada penciptaan video, beli-belah dan menghantar mesej.

Ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna setianya sehingga tular di laman Twitter sejak semalam.

Menerusi ciapan yang dimuat naik pengguna @nazurah_ar, dia memaparkan sebuah video dari seorang lelaki menjelaskan bahawa aplikasi tersebut akan lebih memfokuskan ketiga-tiga aspek tersebut dalam masa terdekat.

Menurut lelaki itu, pengguna masih lagi boleh memuat naik gambar seperti biasa namun Instagram akan memberi fokus untuk ciri-ciri video dalam aplikasi tersebut.

“Jangan panik ya semua! Apa yang saya faham, kita masih boleh memuat naik gambar seperti biasa. Cuma, pihak Instagram akan banyakkan lagi kandungan yang berbentuk video.

“Malahan, sebelum ini pun mereka sudah wujudkan banyak ciri-ciri video seperti InstaStory, IGTV, siaran langsung dan paling terbaharu Instagram Reels,” ciapnya.

Rata-rata pengguna di laman Twitter beranggapan bahawa perubahan yang dilakukan oleh Instagram itu tidak ubah seperti aplikasi TikTok.

“Saya tak faham kenapa mahu jadi seperti TikTok. Pengguna gunakan Instagram untuk muat naik dan tengok gambar. Cukuplah dengan adanya Reels. Itu pun agak menjengkelkan kerana saya nak tekan ‘pause’, tetapi jadi mod senyap,” jelas @ely__lya.

“Lepas ini, segala swafoto, pakaian untuk hari ini (OOTD) semua simpan dalam galeri telefon sajalah ya. Ataupun buat polaroid tampal di bilik banyak-banyak,” ciap @iesy4zri memberi cadangan.

“Instagram perlu kekalkan identiti mereka sebagai platform yang memfokuskan gambar. Sebab itu adalah kemahiran mereka. Kenapa mahu tukarkan jadi seperti TikTok?” soal pengguna @NazmiZaim. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN