PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvarikul, dalam majlis sambutan rasmi di Kompleks Bunga Raya dan Perdana Putra sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini.
Anwar berkata, lawatan rasmi itu merupakan kunjungan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Thailand pada Mac 2026, atas jemputannya.
Menurut beliau, kunjungan itu mencerminkan keakraban hubungan Malaysia dan Thailand yang telah lama terjalin, di samping membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat. – KOSMO! ONLINE














