fbpx
Fuziah Salleh

KPDN jamin subsidi diesel tidak ‘bocor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan subsidi diesel akan terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak tanpa berlaku ketirisan atau penyalahgunaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, penerima yang layak kini boleh menikmati harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter menerusi Program Budi Madani Diesel yang bermula hari ini.

Katanya, KPDN komited memastikan mekanisme penyaluran subsidi benar-benar memberi manfaat kepada penerima bersasar selain mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

“Sehubungan itu, penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dilaksanakan bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi, di samping memastikan bekalan sampai kepada golongan yang layak,” katanya.

Menurutnya, kementerian juga akan terus memantau rantaian bekalan serta pergerakan harga di pasaran bagi melindungi pengguna daripada sebarang manipulasi.

Tambahnya, pendekatan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan setiap manfaat subsidi benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN