fbpx

Pakaian mangsa hancur mungkin dicakar harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa keluar mayat yang ditemui di kawasan kebun di Lata Cheng, Machang dekat sini semalam.

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan mayat reput yang ditemui di Lata Cheng, Machang petang kelmarin menjadi mangsa serangan binatang buas seperti harimau atau babi hutan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat, polis menemui kesan seperti cakaran harimau dan bekas tapak kaki babi hutan.

Katanya, selain itu, pemeriksaan pada pakaian yang dipakai mangsa turut mendapati ia sudah hancur dipercayai akibat dicakar oleh binatang buas.

“Tulang-tulang daripada rangka badan mangsa juga ditemui dalam keadaan berselerak sehingga 10 meter.

“Hasil siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh lima hari sebelum ditemui oleh seorang penduduk selepas terhidu bau busuk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Hamzah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Abdullah, mayat mangsa dijangka dibedah siasat di unit forensik Hospital Machang hari ini untuk mengenal pasti punca kematian selain jantina dan identiti mangsa.

Kosmo! Online semalam melaporkan, satu mayat reput yang sudah berkecai keseluruhan anggota badannya ditemui dalam keadaan mengerikan di bawah pokok petai di Lata Cheng kelmarin.

Mayat yang tidak dapat dikenalpasti jantina dan identiti itu dipercayai telah dimakan oleh binatang buas yang membawanya ke lokasi tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI