fbpx

Lelaki patah pinggang terjun tingkat tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang penganggur nyaris maut selepas terjun dari ruangan tangga di tingkat tiga sebuah bangunan di Taman Seri Janggus, Alma, Bukit Mertajam di sini ketika cuba melarikan diri daripada polis hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut bernasib baik apabila dia terjatuh di atas piring satelit televisyen di tingkat dua sebelum terhempas ke atas lantai di aras bawah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, suspek sebelum itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis pergi ke kawasan itu selepas menerima aduan berkaitan aktiviti penagihan dadah.

“Akibat kejadian itu, dia mengalami patah pinggang dan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam. Pemeriksaan fizikal terhadap suspek pula menjumpai empat plastik berisi dadah disyaki syabu seberat 5.3 gram bernilai kira-kira RM530,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, suspek yang memiliki 14 rekod jenayah lampau termasuk enam berkaitan dadah itu bagaimanapun negatif ujian saringan air kencing.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI