fbpx

Puting beliung kuat badai perkampungan di Republik Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kerosakan yang berlaku pada bangunan dan kereta di sebuah perkampungan di bandar Hrusky akibat dibadai angin puting beliung semalam. – AFP

MORAVIA, REPUBLIK CZECH – Lebih 150 penduduk dilaporkan cedera dan beberapa perkampungan musnah teruk akibat dibadai angin puting beliung kategori F3 dan F4 di kawasan luar bandar Moravia, dekat dengan sempadan Republik Czech dan Slovakia, lapor portal berita RT semalam.

Pihak berkuasa menganggarkan angka kecederaan adalah antara 100 hingga 150 orang serta ada yang dikhuatiri mati, namun laporan penuh mengenainya masih sedang dilakukan.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, puting beliung tersebut dianggarkan berukuran F3 atau F4 pada skala Fujita, yang merupakan kadar signifikan bagi kemusnahan teruk.

Seorang ahli meteorologi, Michal Zak berkata, kejadian itu berkemungkinan merupakan angin puting beliung terkuat dalam sejarah terbaharu Republik Czech dan suatu fenomena yang luar biasa di Eropah.

Susulan bencana tersebut, perkhidmatan kecemasan tempatan memberi amaran kepada penduduk untuk tidak berada di luar rumah atau di atas jalan.

Situasi itu turut digambarkan sebagai ‘merosakkan rumah-rumah, kebakaran, kemalangan jalan raya, pokok menghempap kereta dan kediaman’.

Menurut pihak berkuasa, dianggarkan kira-kira 121,000 isi rumah terputus bekalan elektrik akibat ribut, namun kerja-kerja membaiki dijangka hanya boleh dilakukan pada pagi ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI