fbpx

England tepati jangkaan muncul juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHEEM Sterling (kanan) menanduk masuk gol pertama England ketika menewaskan Republik Czech dalam saingan terakhir Kumpulan D, Euro 2020 di Stadium Wembley, London sebentar tadi. - AFP

LONDON – England menepati ramalan apabila berjaya menjuarai saingan peringkat Kumpulan D, Euro 2020 selepas menewaskan Republik Czech 1-0 di Stadium Wembley sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Three Lions kendalian Gareth Southgate membuat keputusan untuk merombak kesebelasan utama dengan memberi peluang buat Bukayo Saka dan Jack Grealish mengemudi jentera serangan.

Keputusan tersebut ternyata tepat apabila kedua-dua pemain ini mudah mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan pelawat sebelum Grealish berjaya mencipta peluang buat Raheem Sterling menjaringkan gol seawal minit ke-12.

Tersentak dengan jaringan itu, Republik Czech memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih peluang terbaik menyamakan kedudukan tetapi rembatan Tomas Holes ditepis oleh penjaga gol England, Jordan Pickford.

Kapten England, Harry Kane turut meraih peluang untuk menggandakan kelebihan pasukan tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan balas tetapi tiada peluang yang berjaya disempurnakan dengan baik.

England akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-85 hasil ledakan pemain gantian, Jordan Henderson tetapi jaringannya telah dibatalkan kerana ofsaid.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan England mengekalkan rekod tanpa kalah dan tidak dibolosi sebarang gol sepanjang peringkat kumpulan kali ini.

Namun, England berdepan tugas getir di peringkat kalah mati apabila dijadualkan bertemu dengan naib juara Kumpulan F yang berkemungkinan diisi oleh tiga pasukan gergasi Eropah iaitu Jerman, Portugal atau Perancis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI