fbpx

Sindiket edar minuman keras, rokok seludup tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sembilan lelaki ditahan dalam Op Kontraban selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran minuman keras dan rokok seludup di sekitar Klang, semalam.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kesemua tangkapan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 22 hingga 49 tahun.

“Serbuan tersebut berjaya merampas 86 kotak minuman keras pelbagai jenama yang tidak bercukai bernilai RM42,200 dan 44,000 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM36,000.

“Kita juga merampas 363 unit mesin simulator dipercayai bagi tujuan perjudian yang dianggarkan bernilai RM5,445,000 dan dua buah lori serta 18 kontena bernilai RM320,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,843,200 dan siasatan awal mendapati sindiket berkenaan tidak membayar cukai Kastam selain aktif di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI