fbpx

11 individu dalam video tular arak mayat ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
11 individu terlibat dalam video tular perarakan mayat ditahan di sekitar Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Serama 11 individu yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan penuh dalam perarakan mengiringi mayat di Jalan Tiram, Butterworth di sini ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mewujudkan Pasukan khas Task Force bagi mengesan suspek selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial hari ini.

“Pada waktu di antara pukul 6 petang sehingga 10 malam tadi, seramai 11 suspek berumur di antara 15 hingga 35 tahun ditangkap di sekitar Butterworth dan Mak Mandin.

11 individu terlibat dalam video tular perarakan mayat ditahan di sekitar Butterworth hari ini.

“Siasatan polis mendapati mereka berada di lokasi kejadian dan berada di dalam rakaman video berdurasi 56 saat yang tular itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Noorzainy, hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam perarakan kematian tersebut bagi meraikan kematian rakan mereka berusia 23 tahun.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Perkara 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kosmo! Online hari ini melaporkan polis memburu beberapa individu selepas rakaman video kejadian berkenaan tular di aplikasi TikTok dan Facebook hari ini.

Rakaman itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang berarak serta sebahagiannya dilihat menari, membawa sepanduk dan bermain gendang ketika mengiringi mayat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI