fbpx

80,000 daftar sukarelawan myVAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tengah) ketika meninjau proses vaksinasi di PPV Dewan Milenium di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Jumlah belia yang mendaftar sebagai sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (myVAC) kini telah mencecah 80,000 orang sejak mula dibuka Februari lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 8,000 peserta telah melengkapkan penyertaan sepenuhnya.

“Ketika ini pula, seramai 4,500 sukarelawan myVAC telah ditugaskan untuk membantu kerja-kerja berkaitan di 332 pusat pemberian vaksi (PPV) di seluruh negara.

“Kita jangkakan akan berlaku penambahan sukarelawan myVAC tidak lama lagi terutamanya apabila kesemua 600 PPV mula beroperasi selepas ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas meninjau proses vaksinasi di PPV Dewan Millenium, Kepala Batas di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI